Berita

Ribut petir, hujan lebat di 8 negeri malam ini

Gambar hiasan
- Diterbit 10 November 2023 9:35 AM MYT

AMARAN ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di lapan negeri sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negari Johor serta beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak serta Sabah.

“Di Kedah antara kawasan yang terjejas di Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling manakala bagi di Perak di Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Sementara itu, bagi negeri Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong, bagi negeri Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya lagi, amaran itu turut melibatkan Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol.

” Di Sarawak pula di kawasan Kuching, Serian, Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit) dan Limbang.

” Bagi negeri Sabah pula kawasan yang terjejas di Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas