Biz

Restoran Mak Kimbong, Experiment Kitchen bersama Karl Shafek terus penuhi selera pengunjung dalam Maha Buffet 2024

- Diterbit 11 Februari 2024 10:20 PM MYT

DUA restoran popular, Restoran Mak Kimbong dan Experiment Kitchen sekali lagi bergabung tahun ini dan membawakan MAHA BUFFET 2024 di Maeps, Serdang, Selangor.

Pesta makanan terbesar di Malaysia ini akan diadakan dengan skala lebih mega berbanding tahun lalu apabila penganjur mengambil keputusan untuk memilih Dewan A, di Maeps sekali gus boleh menempatkan sehingga 2,500 pengunjung pada satu masa.

Lebih menarik, Maha Buffet buat pertama kalinya memilih selebriti Karl Shafek Ibrahim sebagai duta. Karl Shafek yang juga sinonim dalam bidang masakan sebagai pengacara untuk program TV berkaitan makanan juga merupakan peserta rancangan realiti masakan Masterchef Selebriti dan Masterchef All Stars.

“Pada mulanya saya agak terkejut dengan pemilihan ini tetapi saya sangat teruja kerana makanan dan masakan cukup dekat dengan diri saya.

“Bagi saya ini adalah peluang terbaik untuk saya meneroka bidang kulinari dengan cara yang berbeza daripada biasa. Saya tidak sabar untuk bertemu semua tetamu di Maha Buffet 2024” ujarnya.

KARL Shafek (tengah) bersama pemilik Restoran Mak Kimbong, Khairul Amilin dan pemilik Experiment Kitchen, Muhammad Hazim.

Maha Buffet akan berlangsung pada 14 Mac sehingga 8 April 2024 ( bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam ) bakal membawakan lebih 200 menu gabungan dua restoran itu dengan konsep “street food” di bawah satu bumbung.

Lebih 20 gerai masakan secara live cooking juga tersedia untuk terus dinikmati pelanggan. Lebih istimewa kali ini, pelanggan boleh merasa air tangan Karl Shafek sendiri kerana ada 10 menu ‘signature’ selebriti itu akan dihidangkan sepanjang acara ini berlangsung.

Menurut pemilik Experiment Kitchen, Muhammad Hazim bin Yahaya: “Kami merasakan sangat penting untuk tetamu dapat menikmati hidangan yang dimasak dan resipi oleh Karl Shafek sendiri kerana jarang peminat dapat merasa masakan artis kesayangan mereka”.

“Ruang dewan yang cukup besar juga bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain antaranya ruang mainan gergasi untuk kanak-kanak, selain ruang solat jemaah yang luas, game station percuma untuk remaja, gerai beli belah kelengkapan hari raya di Bazaar Gadis, hari potong rambut barber percuma serta photobooth dengan kamera 360 yang boleh dijadikan kenangan terindah buat tetamu.

“Kami sangat mementingkan keselesaan pelanggan terutamanya mereka yang ada anak kecil jadi kami harapkan ruang seperti Kids Playland akan membantu ibu bapa berbuka puasa dengan tenang dan tidak perlu risaukan keselamatan anak-anak mereka.” katanya.

MAHA Buffet buat pertama kalinya memilih selebriti Karl Shafek Ibrahim sebagai duta

Sementara itu, Khairul Amilin bin Abdul Rahman yang juga merupakan pemilik Restoran Mak Kimbong berkata, pelbagai hiburan bersesuaian turut diatur antaranya pelbagai persembahan di pentas utama.

“Pelanggan boleh merancang untuk menyambut hari lahir di situ serta pilihan untuk makan di tempat duduk VIP dengar kadar bayaran yang berpatutan.

“Maha Buffet 2024 bakal menjadi lokasi himpunan makanan terbesar di Malaysia selain komited untuk memberi kepuasan kepada pelanggan menikmati pelbagai juadah istimewa.

“Istimewa lagi Maha Buffet 2024 turut memberi peluang kepada pelanggan untuk menerima pelbagai hadiah cabutan bertuah setiap hari antaranya barangan elektrik, voucher beli belah, tiket pemerbangan dan hadiah utama merupakan kereta misteri yang akan diberikan pada minggu pertama Maha Buffet berlangsung,” katanya.

Penganjur turut mengalu-alukan tajaan daripada individu mahupun pihak korporat yang akan digunakan untuk membawa anak-anak yatim, orang kurang bernasib baik serta badan kebajikan menikmati makanan di sini.

Tempahan untuk slot berbuka puasa di Maha Buffet kini dibuka dengan harga serendah RM 49.90 ( kanak-kanak ) dan RM89.90 ( dewasa ).

Bagi  harga tempat duduk VIP ( pelbagai keistimewaan ) adalah RM 149.90 ( dewasa ) dan RM 89.90 ( kanak-kanak ). Namun anda boleh berjimat sehingga RM 10 lebih rendah dari harga asal jika membuat tempahan awal sebelum 29 Februari 2024.

Hubungi 017-3340319 untuk menempah slot berbuka puasa anda sekarang. – WILAYAHKU

 

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas