Selebriti

Remy Ishak, Ezza Yusof bakal nikah 21 Ogos ini

- Diterbit 19 Ogos 2021 4:17 PM MYT

PELAKON pujaan ramai wanita Remy Ishak mengesahkan bakal bernikah dengan wanita pilihan hatinya Ezza Yusof pada 21 Ogos ini.

Remy berkongsi berita gembira itu menerusi rancangan Gempak TV yang berlangsung sebentar tadi.

“InsyaAllah atas persetujuan kedua dua belah pihak, kami akan bernikah pada 21 Ogos 2021 ini di Kuala Lumpur.

“Jika mengikut perancangan kami sepatutnya bernikah pada Mei lalu bersempena dengan bulan Syawal, tetapi disebabkan PKP, ia terpaksa ditunda,” jelasnya.

Menurut Remy, majlis pernikahan yang dijadualkan itu akan dilaksanakan mengikut protokol dan SOP kesihatan yang telah ditetapkan kerajaan.

“Perancangan kami memang mahu adakan majlis secara terbuka, ada keluarga, tetamu. Tapi apabila pihak berwajib telah menetapkan syarat hanya beberapa orang sahaja boleh berada dalam majlis, kami akur biarpun ia dilaksanakan secara sederhana,” ujarnya.

Selepas putus tunang pada tahun 2019, Remy Ishak meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran sekali gus mengesahkan bahawa hubungan cinta mereka kembali bertaut. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas