
Rempuh enam kenderaan: Pemandu dituduh hari ini
PEMANDU lori berusia 25 tahun yang berada dalam pengaruh dadah dan mengakibatkan kemalangan membabitkan enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, dekat Sentul pada 6 September lalu, akan dituduh di Mahkamah Trafik Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pemandu tersebut akan dituduh di bawah Seksyen 44 ( 1A ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kecederaan pada mangsa.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, seorang lelaki berusia 45 tahun cedera selepas kereta Perodua Myvi dinaikinya dirempuh lori berkenaan.
Terdapat empat lagi kenderaan terlibat kenderaan jenis Myvi serta masing-masing sebuah Proton X70, Honda HRV, Peugeot 208 FL. – WILAYAHKU
https://www.wilayahku.com.my/enam-kenderaan-dirempuh-lori/#.YTrAvmkRXpE