
“HARI ini saya bersama lima orang ahli keluarga dengan berpakaian sari hadir meraikan Aidilfitri. Walaupun sesak dengan kehadiran ramai pengunjung tanpa henti, saya berpuas hati dengan layanan diberikan oleh pihak pengawal keselamatan dan penyambut tetamu yang memberi keutamaan untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di laluan khas disediakan.

Pengunjung
“SAYA sudah berada di sini seawal pukul 7.30 pagi bersama isteri serta anak dan ketika itu sudah ramai pengunjung yang beratur tetapi Alhamdulillah saya bernasib baik kerana diberi keutamaan di laluan warga emas. Selain itu, majlis kali ini lebih tersusun berbanding tahun sebelumnya kerana ia mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan setiap khemah makanan juga dijarakkan untuk memudahkan pengunjung mengambil makanan.

Pengunjung
“SETELAH dua tahun tidak dapat merayakan Aidilfitri, tahun ini kita berpeluang meraikan bersama-sama pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk pelancong asing dengan suasana yang cukup meriah di Rumah Terbuka Perdana Menteri.

“SEAWAL pukul 8 pagi anak-anak saya sudah bangun bersiap kerana mereka tidak sabar untuk bertemu ‘Ketua Kerajaan’ atau Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan memandangkan ini merupakan kali pertama kami sekeluarga hadir ke Rumah Terbuka PM, jadi kami merancang memakai baju sedondon berwarna biru sesuai dengan tema Hari Raya.

Pengunjung
“APABILA ternampak posting di Facebook, saya terus mengajak isteri untuk datang ke sini. Sekitar pukul 10.30 pagi kami beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam Kompleks. Perasaan teruja tidak dapat diungkapkan kerana ini merupakan pengalaman pertama kami menghadiri Rumah Terbuka Perdana Menteri selain berpeluang bertemu depandepan dengan barisan Jemaah Menteri.

Pengunjung
“MESKIPUN berbangsa cina, saya berasa amat gembira kerana dapat hadir meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama umat Islam di Rumah Terbuka PM selepas dua tahun tersekat susulan wabak Covid-19. Saya juga dapat menikmati hidangan seperti ketupat, rendang, lemang dan banyak lagi sambil dihiburkan dengan
agu hari raya. Suasana inilah yang sudah lama dirindukan oleh masyarakat Malaysia. – WILAYAHKU