Berita

Rancang perjalanan dengan PLUS TTA untuk elak kesesakan cuti hujung minggu

- Diterbit 29 Disember 2020 5:06 AM MYT

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) hari ini mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA), untuk mengelakkan kesesakan akibat peningkatan jumlah kenderaan semasa cuti hujung minggu yang panjang.

PLUS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan, TTA sempena sambutan Krismas dan Tahun Baru itu menyarankan jadual perjalanan yang sama untuk tempoh 22 Dis hingga 19 Jan 2021.

“Pengguna lebuh raya dari Lembah Klang menuju ke destinasi lebih jauh seperti Perlis, Kedah, Perak Utara dan Johor disarankan memasuki lebuh raya sebelum 9 pagi.

“Bagi mereka yang melakukan perjalanan ke Pantai Timur serta Melaka dan Negeri Sembilan untuk memasuki lebuh raya selepas 12  tengah hari. Ketika kembali ke Lembah Klang, PLUS TTA menyarankan kepada semua pengguna supaya memasuki lebuh raya pada 9 pagi,” menurut kenyataan itu.

PLUS juga menasihatkan para pelanggannya supaya memastikan mereka mempunyai baki yang mencukupi dalam kad Touch’n Go mereka. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas