Berita

Dakwaan terkena minyak pengasih, pindahkan wang dan berkahwin dengan PU Riz, ini jawab Neelofa!

- Diterbit 27 Disember 2020 1:16 PM MYT

KECOH pelbagai dakwaan terhadap hubungan Neelofa dan PU Riz yang menjadi perbualan dalam media sosial.

Bagi meleraikan dakwaan yang tular itu, Neelofa tampil memberi penjelasan menerusi instagramnya.

“Saya berharap, semua pihak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan dan seterusnya tidak terus membuat andaian mengenai perkara yang tidak betul tentang diri saya, Haris (PU Riz) serta keluarga kami.

“Kononnya terkena buatan minyak pengasih. Cerita itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tuduhan yang amat berat.

“Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.

“Kononnya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris.

Saya menyangkal tuduhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

“Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan.

“Andaian ini juga adalah satu tuduhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas,” jelasnya yang berharap masyarakat di luar sana tidak mudah menerima dakwaan yang tersebar.

Neelofa juga mengaku dirinya lebih selesa tidak memberi sebarang komen tentang hubungannya dengan Haris atau PU Riz.

“Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.

“Sementara itu, mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.

“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak,” jelasnya.

Semoga segala apa yang berlaku dapat diselesaikan secara baik. Sama-sama kita doakan agar Neelofa dan PU Riz dapat melalui semua ini dengan tenang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas