Berita

Putrajaya, KL terima gegaran susulan

PEKERJA di Menara Seri Wilayah diarah keluar serta-merta.
- Diterbit 25 Februari 2022 2:44 AM MYT

SUSULAN kejadian gempa bumi yang berlaku di Pekan Baru, Indonesia pagi ini, Kuala Lumpur, Putrajaya dan bahagian lain di negara ini turut melaporkan gegaran sehingga orang ramai diarah mengosongkan bangunan yang diduduki selepas penggera diaktifkan secara automatik.


Gempa bumi yang berukuran 6.2 magnitud yang dilaporkan berlaku pada pukul 9.39 pagi dan ia disahkan oleh Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia melalui satu ciapan di Twitter.

Gempa berlaku pada 17 kilometer (km) ke timur laut Pasaman Barat pada kedalaman 10 kilometer dan difahamkan tiada amaran tsunami diaktifkan.

Gempa bumi tersebut telah menyebabkan kakitangan awam di Putrajaya serta kakitangan swasta di Kuala Lumpur diarah meninggalkan bangunan segera untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. – WILAYAHKU

Berita lanjut menyusul.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas