Berita

Putrajaya berpuisi buka tirai Jubli Perak

M. NASIR memberikan pesembahan mantap menerusi lagu Apokalips dan
- Diterbit 27 Januari 2020 7:30 AM MYT

PUTRAJAYA – Malam Deklamasi Puisi Putrajaya yang berlangsung baru-baru ini menjadi pembuka tirai acara sempena Sambutan Jubli Perak Putrajaya 2020.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkenan berangkat ke acara yang berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Baginda diiringi Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad; Menteri Industri Utama, Teresa Kok; Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr. Aminuddin Hassim dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran.

Majlis itu dipenuhi dengan lantunan puisi penuh bertenaga daripada lima Sasterawan Negara iaitu, Dr. Siti Zainon Ismail, Datuk Dr. Zurinah Hassan, Datuk Dr. Ahmad Khamal Abdullah (Kemala), Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh dan Datuk Dr. Anwar Ridhwan serta persembahan khas Datuk M. Nasir menerusi dua buah lagu, Apokalips dan Tanya Sama Itu Hud-Hud.

Terdahulu baginda berkenan menyempurnakan pelancaran buku antologi puisi ‘Putrajaya Karya Pasca Merdeka’ terbitan hasil kerjasama PPj dan DBP yang menghimpunkan 25 karya puisi bertemakan Putrajaya hasil pertandingan Sayembara Mencipta Puisi Putrajaya 2019 yang diadakan Oktober lepas.

Buku itu juga menghimpunkan karya sumbangan Sasterawan Negara antaranya Datuk Seri A. Samad
Said, Muhammad Salleh dan Anwar Ridhwan.

Raja Permaisuri Agong turut berkenan mengurniakan hadiah kepada juara Sayembara Mencipta Puisi
Putrajaya 2019, Muhamad Syazwi Sholihin; pemenang kedua, Muhammad Azri Store Pipe dan pemenang ketiga, Rohana Karno.

RAJA Permaisuri Agong berkenan menyempurnakan pelancaran katanya. antologi puisi Putrajaya Karya Pasca Merdeka di Putrajaya barubaru ini.

Sementara itu, Khalid dalam ucapannya berkata, seluruh warga Putrajaya dan Malaysia pasti tertunggu-  tunggu detik sambutan Jubli Perak Putrajaya penuh bersejarah ini. Katanya, ini kerana Putrajaya  merupakan simbol kejayaan perancangan dan pembangunan bandar yang begitu ampuh dan  membanggakan negara.

“Justeru Sambutan Jubli Perak Putrajaya yang julung-julung kali diadakan memberi fokus kepada pemerkasaan bahasa kebangsaan, pembudayaan seni sastera dan budaya yang menjadi jiwa sesebuah bangsa.

“Berpaksikan usaha ini, PPj dan DBP telah menjayakan Sayembara Mencipta Puisi Putrajaya dengan
penyertaan sebanyak 190 buah puisi yang telah diterima,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas