Berita

“Puan Sakinah lebih patut takut kemarahan Allah…” – PU Rahmat

PU Rahmat tegur Sharifah Sakinah secara baik
- Diterbit 2 Januari 2021 2:16 AM MYT

STATUS yang dimuatnaik pelakon Sharifah Sakinah di instagram baru-baru ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet apabila pelakon itu seolah-olah cuba mencabar pendakwah selebriti daripada program agama iaitu Pencetus Ummah (PU).

“Sebelum nak ambik mood berlakon memang macam ni. Nasib baik crew semua melayan. Harap-harap PU PU tak marah ya. Hehe..” Tulis Sakinah di instagramnya.

STATUS yang dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah di instagramnya

Status ini menyebabkan PU Rahmat Ikhsan rasa terpanggil untuk menegur sikap Sakinah secara baik.

“Sharifah Sakinah yang mempunyai nama yang baik. Semenjak kes saya dengan Abang Michael Ang, saya sudah tekad tidak mahu mengulas dosa-dosa artis .

“Tapi disebabkan Puan Sakinah sendiri menyeru “PU-PU” maka sudah tanggungjawab saya,” kata PU Rahmat yang mengulas balik kenyataan Sakinah di instagramnya. 

Bagi PU Rahmat, Sakinah tidak perlu takut kepada PU, sebaliknya takut kepada Allah. 

“Pertama , Puan tidak perlu takut dengan PU kerana ada PU yang juga melakukan salah dan dosa. 

“Kedua, Kemarahan Seorang PU tidak boleh merubah apa-apa kerana kami manusia seperti anda

“Ketiga, Puan sakinah lebih patut takut kemarahan Allah berbanding kemarahan seorang PU. 

“Keempat , saya tak pernah marah mana-mana selebriti kerana kami diajar marah hanya pada dosa bukan pada batang tubuh.

“Semoga Puan sakinah beristighfar dan berubah. Ya Allah kau sayangilah Sarifah sakinah . Allahuma amin..” ujarnya lagi. 

Apa yang baik kita jadikan teladan, apa yang tidak baik jadikan sempadan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas