Berita

PPTG WPKL roboh 20 gerai haram hadapan NSK Selayang

OP KHAS ROBOH
PPTG bertindak meroboh gerai-gerai haram yang menjalankan perniagaan di atas tanah milik kerajaan tanpa mendapatkan kelulusan yang sah. - FOTO: NAZIRUL ROSELAN
- Diterbit 6 Ogos 2019 5:47 AM MYT

KUALA LUMPUR – Kira-kira 20 gerai yang menjual pelbagai jenis bahan mentah termasuk buah-buahan diroboh selepas didapati menjalankan perniagaan secara haram di tanah milik Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian (PPTG) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Operasi Khas di bawah jejambat di Jalan Selayang Baru berhampiran NSK Selayang di sini yang bermula pukul 9.30 pagi tadi turut melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Difahamkan, gerai yang diroboh tersebut dibina di tapak tanah simpanan jalan sepanjang 200 meter dan berhadapan dengan deretan kedai makan.

Pegawai Kanan Penenmpatan PPTG WPKL, Junainah Ramly berkata, gerai-gerai tersebut terpaksa dirobohkan kerana perniagaan dijalankan di atas tanah kerajaan tanpa izin selaras dengan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas