Utama

Polis mohon kesan suspek kes dadah

KESAN SUSPEK
SUSPEK berusia lingkungan 40-an.
- Diterbit 7 Ogos 2019 3:46 AM MYT

PUTRAJAYA – Polis Kuala Lumpur memohon orang ramai untuk membantu mengesan suspek lelaki berumur lingkungan 40-an yang kali terakhir dilihat di Apartment Kinrara Mas, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Inspektor Kalidasan A/L V. Rajakumar di talian 011-16367407 dan 03-92050357 atau Hotline Polis Kuala Lumpur, 03-21159999 – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas