Artikel

Program Sentuhan Kasih KPKT fokus kesejahteraan penduduk Perak

PEMBANGUNAN landskap persekitaran kehidupan di Taman Rekreasi Woodland Bandar Baru Tambun akan dijalankan.
- Diterbit 15 September 2023 9:19 AM MYT

PROGRAM Sentuhan Kasih Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan keperluan kemudahan awam serta infrastruktur di Pasar Tanjung Rambutan, Kolam Takungan Jalan Putra Pertama, Bandar Baru Tambun, Taman Rekreasi Woodland dan Dewan Komuniti Taman Perpaduan diberi perhatian.

Untuk itu, peruntukan sejumlah RM3.25 juta diumumkan bagi projek-projek seperti berikut:

*Kerja-kerja menggantikan longkang, gutter dan kerja berkaitan di Medan Selera Taman Perpaduan

*Mengganti bumbung dan kerja mengecat serta kerja-kerja berkaitan di Pasar Tanjung Rambutan

*Mengganti lampu jenis SON kepada LED untuk tiang lampu dalam kawasan gugusan Manjoi, Meru, Chemor, Klebang dan sekitar

*Mengganti lampu jenis SON kepada LED untuk tiang lampu dalam kawasan Tanjung Rambutan dan sekitar

*Mengganti lampu jenis SON kepada LED untuk tiang lampu dalam kawasan Bandar Baru Tambun dan sekitar

*Pembangunan landskap persekitaran kehidupan di Taman Rekreasi Woodland Bandar Baru Tambun

*Membina laluan air tambahan di Jambatan Jalan Kamaruddin Isa

*Menggantikan kelubung (culvert) sedia ada di jalan masuk ke FRU, Sungai Senam

Selain itu, sebanyak RM1.7 juta peruntukan juga diluluskan untuk projek-projek menurap jalan, naik taraf longkang, dewan orang ramai, pasar serta baik pulih pagar di kampung-kampung baru dalam daerah Ulu Kinta seperti Kanthan Baru, Tanah Hitam, Chemor R. A, Changkat Kinding dan Kuala Kuang.

Sentuhan kasih KPKT yang diberikan adalah berdasarkan keperluan menerusi inisiatif KPKT dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk Tambun tanpa mengira bangsa dan agama.

Selain daripada peruntukan untuk kerja-kerja menaik taraf dan membaik pulih kemudahan awam untuk PPR di sekitar Perak, KPKT telah meluluskan sebanyak RM5.78 juta dana penambahbaikan serta penyelenggaraan dan penggantian lif yang akan dilaksanakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dan Bahagian Pelaksanaan dan Perkhidmatan Jurutera KPKT pada tahun ini.

Maka, Program Sentuhan Kasih KPKT hari ini membawa kelulusan peruntukan berjumlah RM 10.73 juta yang bakal dimanfaatkan oleh penduduk Tambun dan Perak amnya.

#StrongerTogether #DemiPertiwi #UnityInDiversity

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas