Berita

Program Berjalan Teguh Bersama: elak dehidrasi, bawa bekal air sendiri

DISARAN supaya membawa air untuk mengekalkan tahap hidrasi dan mengambil sarapan ringkas. Kredit foto:BERNAMA
- Diterbit 29 Julai 2022 7:39 AM MYT

PESERTA program Berjalan Teguh Bersama dari Dataran Putra ke Istana Kehakiman, di sini pada esok disaran supaya mengekalkan tahap hidrasi dan mengambil sarapan ringkas daripada sumber karbohidrat, kata seorang pakar diet.

Ketua Profesion Pegawai Dietetik Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Hamdan Mohamad berkata tiada diet khusus yang perlu dipatuhi bagi menjayakan program berjalan sejauh 2.7 kilometer itu namun peserta perlu memastikan tahap hidrasi mencukupi.

“Sentiasa bekalkan air sepanjang perjalanan, bila rasa perlu air boleh terus minum untuk kekalkan hidrasi,” katanya yang berkongsi tip untuk peserta program Berjalan Teguh Bersama itu selain mencadangkan peserta membawa botol air bagi kegunaan sendiri ketika berjalan.

Dianggarkan lebih 10,000 Keluarga Malaysia akan menyertai aktiviti itu.

Dr Hamdan berkata dianggarkan setiap peserta akan membakar hampir 200 kalori bagi perjalanan sepanjang 2.7 kilometer itu bergantung kepada tahap kelajuan jalan peserta.

“Selepas senaman (program) perlu berehat, makan tak perlu (banyak) macam nak ganti dengan segera. Peserta hanya perlu makan ikut waktu makan seperti biasa sebab berjalan pantas bukan aktiviti berat,” katanya. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas