Selebriti

Pratempah album Sitism laris

- Diterbit 19 Ogos 2023 1:00 AM MYT

PENANTIAN para peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berakhir apabila mereka boleh mendapatkan album fizikal Sitism yang mula dibuka bagi sesi pratempah bermula semalam.

Menerusi makluman di Instagram rasmi , Siti Nurhaliza memaklumkan sesi pratempah ini akan diadakan selama seminggu sahaja iaitu bermula 18 hingga 25 Ogos ini.

Difahamkan, cetakan album fizikal sangat terhad kepada 1,000 pelanggan pertama yang turut berpeluang mendapat poster Sitism.

Dalam masa yang sama, peminat berkongsi dalam media sosial apabila ramai sudah pun membuat tempahan album Sitism sehinggakan 1000 unit terjual dalam masa enam jam sahaja.

“Album akan dipos kepada pelanggan selepas 12 September depan. Untuk pelanggan dari luar negara, akan disertakan cara tempahan dan pembayaran,” katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat tidak sabar mendapatkan album tersebut termasuk dari Singapura, Brunei dan Indonesia.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Sitism adalah Romansa Kita, Menyapa Dunia, Ganti, Sehebat Matahari, Kalau Berkasih, Magis, Tanpa Diri-Mu, Teratas, Menjaga Cintamu, Senyawa, Nadi dan Kusedari. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas