Berita

Polis tembak mati tiga penjenayah di Selayang

- Diterbit 23 Disember 2023 10:55 AM MYT

POLIS menembak mati tiga penjenayah dipercayai warga asing di Selayang awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Supt Ariffin Mohamad Nasir ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu yang dipercayai berlaku kira-kira 1 pagi.

Beliau berkata satu sidang media berhubung kes berkenaan akan diadakan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada 2 petang ini.

“Memandangkan Ketua Polis Selangor akan mengadakan sidang media petang ini, jadi segala maklumat lanjut berkaitan kejadian terbabit akan diberikan oleh beliau,” katanya ringkas. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas