Berita

PM ucap selamat Tahun Baharu kepada masyarakat Tamil, Sikh

- Diterbit 13 April 2024 3:40 PM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh serta komuniti Malayalee yang menyambut perayaan itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan supaya tahun ini akan terus membawa sinar keceriaan dan kesejahteraan kepada mereka yang meraikannya.

“Terus semarakkan semangat perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara kita,” katanya.

Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil, manakala Vaisakhi menandakan musim menuai berdasarkan kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi, sementara Vishu ialah sambutan tahun baharu bagi kumpulan etnik Malayalee dan disambut pada hari pertama bulan Medam dalam kalendar Malayalee. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas