Berita

PM titip semangat untuk Harimau Malaya

- Diterbit 5 Januari 2024 9:26 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh keyakinan tinggi kepada Skuad Harimau Malaya yang bakal beraksi dalam Piala Asia 2023 di Qatar.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri turut meluahkan keyakinan bahawa pasukan kendalian Kim Pan Gon itu mampu memberi saingan dalam edisi kali ini.

“Ini pejuang hebat, pasukan Harimau Malaya, bertarung, sabar kukuh semangat, istiqamah. Selama 42 tahun kita menanti, sekarang saudara-saudara bangkit sebagai pejuang dan bertarung, kami doakan… insya-Allah sukses.

“Mewakili seluruh rakyat Malaysia, saya mendoakan kejayaan buat skuad Harimau Malaya. Berjuanglah sepenuh jiwa demi lencana di dada!” kata Anwar.

Skuad Harimau Malaya berjaya menamatkan penantian selama 42 tahun untuk layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia, dan bakal menentang Jordan dalam aksi pertama kumpulan E, pada 15 Januari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menyeru kepada seluruh peminat bola sepak untuk menyaksikan perlawanan tersebut menerusi siaran secara langsung RTM sekali gus menyatakan sokongan sebaiknya kepada Harimau Malaya.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas