Berita

PL tambah baik medan selera

Medan selera Sudut Terminal Anjung Selera sedang dalam proses naik taraf.
- Diterbit 14 Julai 2023 10:00 AM MYT

PERBADANAN Labuan memperuntukkan ­sejumlah RM1.2 juta ­bagi ­kerja-kerja menaik taraf ­medan selera Sudut Terminal Anjung Selera yang telah ­bermula pada Mei lalu.

RITHUAN

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail projek menaik taraf itu dijadualkan siap dan bakal beroperasi semula ­pada Jun tahun hadapan.

“Medan selera terbuka ­tersebut telah pun berusia lebih sedekad dan ia ­popular dalam kalangan penduduk Labuan sementara pada ­sebelah ­malamnya pula, ia menjadi lokasi ­santai terutamanya bagi anak muda.

“Kita mahu menambah baik kemudahan di kedai makan di mana projek yang sedang berlangsung ini akan menjadikan medan selera ini sebuah premis berbumbung.

“Ia akan memberi ­keselesaan kepada ­pengusaha kedai ­makan dan pelanggan pada ­waktu siang berbanding sebelum ini. Kita juga akan menambah kemudahan lain seperti laluan pejalan ­kaki selain gerai-gerai akan dibaik ­pulih,” katanya ­kepada Wilayahku.

Terdahulu, Sudut Terminal Anjung Selera dikenali sebagai Siswazah Corner dalam ­kalangan ­peniaga tempatan dan memiliki ­lebih kurang 10 buah gerai yang aktif ­berniaga. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas