Berita

PKPD di beberapa lokaliti di Johor, Sabah dan Pahang mulai 22 Jun

BEBERAPA kawasan di Johor, Sabah dan Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai Selasa ini (22 Jun) hingga 5 Julai depan. Kredit foto: Bernama
- Diterbit 21 Jun 2021 3:46 AM MYT

BEBERAPA kawasan di Johor, Sabah dan Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) mulai Selasa ini (22 Jun) hingga 5 Julai depan, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata di Johor, kawasan yang terlibat ialah Kampung Tanjung Genting, Kampung Benaung, Kampung Makam dan Kampung Sawah Datok di mukim Tenglu, Mersing.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan terdapat peningkatan kes COVID-19 di keempat-empat lokaliti tersebut di mana 54 kes positif telah direkodkan hasil daripada 268 ujian saringan yang dijalankan.

“Di Sabah pula, lokaliti terlibat ialah Kampung Skim Pamalan di Keningau, Kampung Jaya Baru di Kunak, Taman Wijaya Park di Kota Kinabalu, Kampung Serudung Baru di Tawau dan Ladang Brumas di Kalabakan.

“Di Kampung Skim Pamalan, terdapat peningkatan kes COVID-19 dengan 30 kes positif direkodkan hasil 339 ujian saringan yang dijalankan, iaitu kadar positiviti 8.84 peratus,”  menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas