Berita

Petugas imigresen Labuan didakwa pecah amanah RM4,750

- Diterbit 25 Oktober 2022 6:06 AM MYT

SEORANG petugas imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah membabitkan RM4,750.

Rafidah Ahmad, 57, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Beliau dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di pejabat Jabatan Imigresen Labuan di Financial Park Complex pada 14 Dis 2018 dan 24 Mei 2019.

Rafidah, sebagai penjawat awam yang diamanahkan dengan wang tersebut, didakwa meluluskan kerja kontrak pengangkutan berjumlah RM1,500 dan RM3,250 untuk kerja penyelenggaraan surau Jabatan Imigresen Labuan, namun kedua-dua kerja itu tidak dilaksanakan.

Pertuduhan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Januari 2023 untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas