Berita

PERKEP lawat Rumah Hutan Bonda Rozita

AHLI PERKEP IPD Wangsa Maju bergambar kenangan di pekarangan Rumah Hutan Bonda, Batang Kali baru-baru ini.
AHLI PERKEP IPD Wangsa Maju bergambar kenangan di pekarangan Rumah Hutan Bonda, Batang Kali baru-baru ini.
- Diterbit 23 Ogos 2019 5:23 AM MYT

SANTAI. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah mengadakan lawatan ke Rumah Hutan Bonda Rozita, Batang Kali, Selangor baru-baru ini.

Rombongan yang diketuai Pengerusi PERKEP IPD Wangsa Maju, Huda Rahayu Abd Razak bersama 24 orang ahli PERKEP telah disambut mesra oleh pekerja-pekerja Rumah Bonda Rozita.

Tujuan lawatan tersebut adalah bagi melihat keindahan flora dan fauna yang sukar untuk didapati di Kuala Lumpur. Selain itu, ahli PERKEP dapat menimba ilmu tentang penjagaan kesihatan untuk golongan wanita serta mengeratkan silaturahim antara masyarakat dengan keluarga PERKEP dan PDRM tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas