Berita

Perdagangan di Bursa Tokyo digantung kerana masalah sistem

- Diterbit 1 Oktober 2020 4:09 AM MYT

PERDAGANGAN semua saham yang tersenarai di Bursa Tokyo pada Khamis pagi dan bursa lain di Jepun digantung kerana masalah sistem, lapor agensi berita Xinhua, memetik Japan Exchange Group Inc.

Bursa Tokyo berkata masalah sistem itu dikesan ketika menghantar data dan menerima pesanan perdagangan, tidak dapat dipastikan bila operasi dapat disambung semula.

Turut terjejas perdagangan luar bursa Tokyo termasuk di bursa di Sapporo, Nagoya dan Fukuoka. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas