Berita

Penyanyi legenda Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun

- Diterbit 24 Mei 2023 8:35 PM MYT

INDUSTRI muzik antarabangsa dikejutkan dengan kehilangan sebutir permata legenda, Tina Turner.

Penyanyi legenda Tina Turner telah meninggal dunia pada usia 83 tahun dan pemergiannya telah disahkan oleh pasukannya dalam satu kenyataan pada 24 Mei 2023.

“Dengan penuh kesedihan kami mengumumkan pemergian Tina Turner,” tulis kenyataan itu dalam media sosial Facebook dan Instagram rasminya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02vTXDmuG5YSzJkE5W1V38YSYVCiopsy1Y779NKEknhHvw1psagk6dPot2KFntAkRJl&id=100044172022810&mibextid=Nif5oz

Menurut kenyataan itu lagi, pemergian Tina Turner akan dirindui oleh peminat-peminatnya di seluruh dunia.

“Dengan muzik dan semangatnya, dia telah memikat berjuta-juta peminat di seluruh dunia dan memberi inspirasi kepada bintang-bintang masa depan,” tambahnya.

Tina yang popular dengan lagu The Best, Proud Mary dan I Don’t Wanna Lose You itu meninggal dunia selepas kira-kira lima bulan kematian anak lelakinya, Ike Turner Ronnie.

Menurut pakar perubatan di Los Angeles, Ronnie meninggal dunia pada usia 62 tahun, pada 8 Disember tahun lalu akibat komplikasi ‘metastatic colon carcinoma’.

Selepas kematiannya, Tina meninggalkan status merindui anaknya di Instagram pada 9 Disember tahun lalu.

Catatan Instagram 9 Dis, “Ronnie, awak meninggalkan dunia terlalu awal. Dalam kesedihan saya menutup mata dan memikirkan awak, anak kesayangan saya,” tulisnya. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas