Bapa Amar Baharin meninggal dunia

Bapa Amar Baharin meninggal dunia

PELAKON Amat Baharin kehilangan bapa tersayang, Mohd Baharin Amir, awal pagi ini.

Berita duka itu dikongsikan oleh Amar menerusi hantaran dalam Instagramnya kira-kira pukul 4 pagi.

“Assalamualaikum. Saya Amar ingin memaklumkan pada semua yang mengenali ayah saya Mohd Baharin Bin Amir, ayah saya telah meninggal dunia.

“Mohon doakan arwah, semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa arwah dan andai ada dosa arwah sesama kalian, mohon diampunkan sepanjang arwah hidup di dunia ini.

“Dan andai kata ada pahala dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran anda semua, mohon disedekahkan pada arwah. Dengan izin Allah, semoga Allah permudahkan pengurusan jenazah dan Allah letakkan arwah bersama insan-insan yang beriman,” tulisnya.

Takziah buat Amar dan seluruh ahli keluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. – WILAYAHKU

(Berita terkini akan menyusul)

 

Share This