Berita

Penjaja dan peniaga berhimpun di Dataran Merdeka

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan Kad Prihatin Penjaja & Peniaga Malaysia
- Diterbit 31 Oktober 2022 8:34 AM MYT

PESTA Mega Penjaja, Peniaga & Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 yang dijadualkan selama dua hari di Dataran Merdeka bermula 20 hingga 21 Oktober telah dilanjutkan sehingga 22 Oktober lalu susulan sambutan hangat dari warga kota.

Program ini dirasmikan oleh Perdana Menteri dengan disertai lebih 506 usahawan, peniaga dan penjaja kecil dari seluruh negara.

Pesta yang julung kali diadakan ini dijayakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Kementerian Pembangunan dan Koperasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Yayasan Wilayah Persekutuan serta Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Malaysia. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas