Pengerusi PL bukan dipecat tetapi gugur sendiri
MENTERI Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa beramah mesra dengan penduduk dalam lawatan ke rumah golongan asnaf di tempat sekitar Labuan. Annuar dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari di Labuan.

Pengerusi PL bukan dipecat tetapi gugur sendiri

BUKAN pembatalan tetapi Jemaah Menteri telah membuat keputusan semua perlantikan politik Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah tergugur secara automatik jelas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa jawatan Pengerusi Perbadanan Labuan (PL) yang dilantik kerajaan PH Datuk Seri Amir Hussein telah dibatalkan oleh Annuar.

“Mesyuarat jemaah menteri pada bulan lalu telah membuat keputusan mengenai perkara itu, semua pelantikan politik, FELDA, RISDA, KADA, cuma Perbadanan Labuan lambat sikit” ujarnya kepada pemberita.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan Tun Faisal Ismail Aziz ‘membetulkan’ tajuk berita portal Borneo Today yang mendakwa ‘Annuar Musa pecat Pengerusi Perbadanan Labuan’.

“Laporan yang salah dari Borneo Today dan berniat jahat, tiada pemecatan, apa yang berlaku adalah mesyuarat Jemaah Menteri telah membuat keputusan bahawa pelantikan politik PH tergugur dengan sendiri,”katanya kepada Wilayahku. – WILAYAHKU

CATEGORIES