Utama

Kadar tetap saman, DBKL sudah dilaksanakan 2 tahun

PEMBAHARUAN lesen boleh dilakukan melalui laman sesawang yang disediakan.
- Diterbit 8 Jun 2020 2:52 AM MYT

HANYA RM15 dalam tempoh tujuh hari. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah melaksanakan penetapan kadar kompaun itu sejak dua tahun lalu, jika pembayaran dibuat dalam tempoh yang ditetapkan secara atas talian.

NOR HISHAM

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, langkah itu juga dilakukan secara berterusan sehingga kini.

Malah, DBKL pernah membuat penetapan kadar kompaun khas saman trafik sebanyak RM15 bermula 1 Februari hingga 3 Mac lalu sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 (SHWP2020) bagi mereka yang mempunyai saman tertunggak.

“Perkara ini juga telah diputuskan melalui pekeliling DBKL bertarikh 29 Oktober 2019 yang mana penetapan kadar adalah RM15,” katanya.

Beliau berkata demikian susulan satu Twitter yang menyatakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengenakan kadar kompaun RM10 bagi bayaran secara atas talian dalam tempoh 24 jam selepas disaman. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas