Pengarah Sekretariat APEC gesa kerjasama diperkukuh tangani rintangan

Pengarah Sekretariat APEC gesa kerjasama diperkukuh tangani rintangan

EKONOMI di rantau Asia-Pasifik kini mendepani masalah pandemik, peningkatan inflasi, krisis geopolitik dan perubahan iklim, sekali gus anggota APEC perlu memperkukuh kerjasama bagi menangani cabaran ini, kata seorang pegawai kanan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik. (APEC).

Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC Tan Sri Rebecca Sta Maria dalam temu bual dengan Xinhua baru-baru ini berkata APEC mengutamakan usaha membina serta memperkukuh kerjasama ekonomi serantau dan integrasi yang membolehkan orang ramai berurusan dengan kontrak perniagaan sekurang-kurangnya di rantau ini dan membantu perniagaan berkembang.

“Kita sedang melalui masa yang sukar,” kata Rebecca.

Asia-Pasifik adalah rantau yang dinamik dan mempunyai asas kukuh dengan negara anggota menjalin kerjasama selama bertahun-tahun, katanya, sambil menambah bahawa kekukuhan integrasi ekonomi menjadi kekuatan dan semua ekonomi serantau wajar memanfaatkannya untuk mengharungi masa yang mencabar.

Pembaharuan struktur dan pelarasan kawal selia adalah bidang utama yang menjadi tumpuan ekonomi APEC selama ini yang juga merupakan aspek positif untuk membantu rantau ini mengharungi kesukaran selain menumpukan kepada pendigitalan, kata Rebecca.

Beiau berkata selepas dilanda dua pusingan krisis kewangan sejak 1990-an, rantau Asia-Pasifik menyedari bahawa sistem kewangan perlu dikaji semula untuk mengukuhkannya, menyusun semula sistem terdahulu dan menyatukan sistem perbankan.

Sementara itu, mekanisme dialog APEC, seperti mesyuarat tahunan menteri kewangan dan amalan pakej langkah seperti pertukaran mata wang asing juga kondusif untuk membina kekuatan dalam sistem kewangan serantau, berdasarkan pemulihan pantas daripada krisis kewangan 2008 berlandaskan pengukuhan sistem  dan kecairan yang lebih daripada mencukupi.

Ekonomi Asia mengalami kemerosotan susulan wabak dan risiko geopolitik serta beberapa kelemahan dalam rantaian bekalan yang menjadi antara isu utama perlu ditangani, kata Rebecca.

China merupakan bahagian penting dalam rantaian bekalan di rantau Asia-Pasifik dan penting untuk memastikan ekonomi serantau terus membina hubungan itu, kata beliau.

Rebecca turut meminta semua ekonomi di rantau ini bersama-sama meneruskan daya tahan rantaian bekalan.

Ekonomi tempatan perlu membina daya tahan melalui hubungan untuk memastikan perkongsian mereka kekal kukuh manakala penggubal dasar dan kerajaan perlu mengambil langkah bagi memastikan  rantaian bekalan diperkukuh, disambung dan tidak terputus.

Berkongsi pandangannya mengenai tema “Terbuka, Sambung dan Imbangan” untuk APEC 2022, Rebecca berkata “terbuka” bermaksud memastikan ekonomi di rantau ini terbuka kerana ia saling bergantung, manakala “berhubung” adalah mengenai ketersambungan yang bukan hanya fizikal.malah perkaitan digital institusi, individu-ke-individu.

Beliau berkata “keseimbangan” menjadi aspek lebih penting tahun ini kerana bukan sahaja merujuk kepada alam sekitar bahkan untuk menerima keterangkuman dan menjadikan pertumbuhan ekonomi membawa keseimbangan antara menyokong kesejahteraan rakyat dan persekitaran.

Maria juga mengakui bahawa tugas utama APEC tahun ini ialah mengadakan perbincangan semula mengenai Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik (FTAAP) dan menjangkakan bahawa langkah-langkah boleh dilaksanakan untuk membantu memperdalam integrasi ekonomi di rantau ini.

Perjanjian perdagangan bebas membantu untuk mengukuhkan rantaian bekalan, memperdalam integrasi ekonomi dan meningkatkan ketelusan dan kebolehramalan dalam peraturan, katanya.

“Saya percaya kepada sistem perdagangan pelbagai hala kerana ia adalah saksama. Multilateralisme adalah tentang bersikap terbuka dan memastikan bahawa manfaat hasil rundingan dan persetujuan akan memberi manfaat kepada semua,” katanya. – BERNAMA

Share This