Berita

Penerima Anugerah SHBN 2023

|||
- Diterbit 21 Julai 2023 4:30 AM MYT

SATU penghargaan bermakna buat saya dan ia memotivasikan ­diri ­untuk menjadi seorang pemimpin yang mampu mendengar suara ­belia, mengutamakan apa yang mereka ­mahukan kerana ­merekalah yang akan memimpin dan mencorakkan negara pada ­masa hadapan ­selain akan turut serta ­bersama-sama ­pelbagai pihak membangunkan belia khususnya generasi muda pada masa hadapan.”

Azman Abidin
Penerima Pingat Jasa Belia
Setiausaha Politik Perdana Menteri

 

ALHAMDULILLAH, saya telah ­dilantik dan diberi ­kepercayaan ­untuk menjadi Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Anugerah Belia Negara Peringkat WPKL. Dengan pelantikan ini, bersama-sama ahli JK, kami telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin. Moga penilaian yang telah dibuat ­menghasilkan calon-calon anugerah yang selayaknya. Moga ­anugerah ini mencetus suasana bagi para ­belia yang cintakan kecemerlangan demi pembangunan ­belia negara.”

Ts Zahir Hassan
Penerima Sijil Pengerusi dan Panel Anugerah Perdana Belia Negara
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)

 

TAHUN lalu Junior Chamber International (JCI) Malaysia ­mendapat naib johan ­tetapi kali ini berjaya merangkul johan. Sudah tentu kami gembira kerana sasaran utama kami untuk melakukan penambahbaikan ­terhadap ­software Internal Management System atau ­sistem kawalan dalaman dan sistem digitalization yang ­diketengahkan berjaya menarik ­perhatian ­para panel yang rata-ratanya kagum ­dengan pengisian software yang dibina.

“Dengan penganugerahan ini, kami ingin ­melaksanakan pelbagai program yang melibatkan golongan belia khususnya di Kuala Lumpur selain ­berharap orang ramai akan lebih mengenali peranan JCI dan mengetahui serta mengikuti ­program-program yang dianjurkan.”

Matt Ngai Chee Ha
Johan Kategori Pertubuhan Belia, Anugerah Perdana Belia Negara 2023
Presiden Junior Chamber International Malaysia

– WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas