Berita

Penduduk zon hijau tetap perlu patuh PKP

memulakan lawatan rasmi empat hari ke Turkiye bermula Selasa (Esok).
- Diterbit 26 April 2020 8:00 AM MYT

PUTRAJAYA – Semua penduduk di zon hijau tidak terkecuali daripada pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, undang-undang masih diteruskan meskipun zon tersebut dikatakan tiada kes baharu atau positif Covid-19.

“Jika berlaku pengingkaran tetap akan ditangkap. Jadi, tolong patuh arahan,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau turut menafikan penularan tindakan polis tidak bertimbang rasa sehingga sanggup menangkap orang yang telah berumur.

Jelas Ismail Sabri, beliau dimaklumkan polis akan menggunakan budi bicara sebelum tangkapan dilakukan.

“Yang ditangkap biasanya selepas dinasihati polis dan masih berdegil,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata, seramai 557 individu ditahan dengan 505 daripadanya direman dan 72 lagi direman semalam. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas