Berita

Rakyat Malaysia wajib ada permit masuk dari Singapura

RAKYAT Malaysia yang bekerja di Singapura perlu bebas Covid-19 sebelum dibenar pulang. - Gambar hiasan
- Diterbit 26 April 2020 8:27 AM MYT

PUTRAJAYA – Hanya rakyat Malaysia yang mempunyai permit kemasukan sahaja dibenarkan masuk ke negara ini dari Singapura, tegas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, permit itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura bagi mempemudahkan urusan di pintu masuk negara di Bangunan Sultan Iskandar, Tambak Johor dan Link Kedua Kompleks Sultan Abu Bakar.

“Permohonan perlu buat melalui e-mel di alamat [email protected] sekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh kepulangan mereka.

“Suruhanjaya Tinggi kita telah menerima sebanyak 900 permohonan setakat ini,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri menjelaskan, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Johor dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menetapkan hanya 400 rakyat Malaysia dari Singapura dibenarkan masuk setiap hari melalui dua pintu masuk sempadan negara tersebut.

“Seperti mana prosedur operasi standard (SOP) biasa, mereka yang pulang dari Singapura ini akan dikenakan kuarantin selama 14 hari,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas