Berita

PEMULIH: Pelengkap bantuan untuk orang muda – GPMS

- Diterbit 29 Jun 2021 4:51 AM MYT


PAKEJ
Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin disifatkan sebagai pelan komprehensif dan pelengkap bagi membantu golongan tersebut.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd. ALif Anas Md. Nor berkata, usaha kerajaan memperluas program Elaun Mencari Pekerjaan sebanyak RM300 kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terutama graduan baharu dilihat sebagai insentif sementara mendapat pekerjaan.

Katanya, GPMS juga menyokong tindakan kerajaan yang memperuntukan RM400 juta ringgit bagi menambah bekalan vaksin untuk diberikan kepada golongan pelajar terutamanya kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Ini akan menjamin keselamatan pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar tahun ini.

“Selain itu, kerajaan prihatin dalam memastikan data internet dapat diakses oleh golongan pelajar dengan melanjutkan inisiatif pemberian satu gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021.

“Hal ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban ibubapa dan pelajar yang perlu menggunakan data internet dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya dalam satu kenyataan media Selasa.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas