Berita

Pemenang Anugerah Kajai, Ibu Yati meninggal dunia

|
- Diterbit 10 Julai 2023 3:38 PM MYT

BEKAS wartawan yang juga pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia-MPI 2014 (Anugerah Kajai) Wan Noor Hayati Wan Alias dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi (petang Isnin).

Wan Noor Hayati yang turut dikenali sebagai Wanti dan Ibu Yati menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun di Hospital Serdang.

Difahamkan Wan Noor Hayati meninggal dunia di Hospital Serdang akibat penyakit radang paru-paru.

Khabar sedih itu turut dikongsi oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang turut memuat naik poster ucapan takziah di laman media sosialnya.

Perkara itu juga turut dikongsi oleh rakan-rakan media di kumpulan aplikasi WhatsApp dan ramai yang merakam ucapan takziah kepadanya.

Semasa hayatnya, Ibu Yati pernah berkhidmat di beberapa agensi media termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian dan Media Variasi sebelum kesihatannya merosot sejak beberapa bulan lalu.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas