Berita

Pemancing lemas di Sungai Batu

PEMANCING lemas dibawa naik ke tebing sungai oleh orang awam.
- Diterbit 24 September 2020 12:09 PM MYT

SEORANG lelaki berusia 31 tahun maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Batu, Jalan 1/2A, Taman Wilayah, Selayang, Kuala Lumpur petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang memancing.

Menurut Komander Operasi Kanan, PBK II Mohd Nuzi Mohamed, sejurus Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.29 petang, sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati terdapat seorang mangsa lelaki berumur 31 tahun meninggal dunia.

“Mangsa dibawa ke tebing sungai oleh orang awam yang berada berhampiran lokasi sebelum ketibaan anggota bomba. Susulan itu, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas