Berita

Patuhi SOP ketika ziarah Aidilfitri

PELBAGAI jenis juadah hari raya disediakan.
PENJARAKAN sosial perlu diamalkan dalam amalan kunjung mengunjung ketika Aidilfitri. Gambar hiasan PELBAGAI jenis juadah hari raya disediakan.
- Diterbit 13 Mei 2020 1:40 PM MYT

PUTRAJAYA – Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) perlu dipatuhi jika mahu menziarahi ahli keluarga terdekat Aidilfitri nanti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kepatuhan orang ramai kepada SOP yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan adalah penting dalam aktiviti kunjung-mengunjung.

“Pernah dibincangkan mengenai angka 20 (jumlah maksimum perhimpunan). Ia relatif dan yang penting ialah pematuhan SOP. Kalau 20 orang di kawasan atau apartment kecil, memang tidak ada penjarakan sosial pun.

“Yang penting, penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, kerap cuci tangan, pakai topeng muka terutamanya individu yang ada demam atau selesema, serta mengelakkan perhimpunan.

“Kita risau mereka yang kembali, contohnya dari luar serta kebarangkalian membawa penyakit, dari Zon Merah pulang ke kampung dan ibu bapa sudah berusia. Sepatutnya mereka (ibu bapa) dilindungi,” katanya.

Beliau menegaskan, kepatuhan kepada SOP itu yang paling penting, bukan angka ’20’ itu.

“Kepatuhan kepada SOP yang paling penting, bukan angka (20) itu. Ada keluarga, mungkin terdiri daripada dua atau tiga, itu keluarga kecil.

“Kita perlukan kerjasama daripada semua supaya R Naught (kebolehjangkitan) Covid-19 yang ketika ini 0.3 dapat kekal atau terus diturunkan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas