Berita

Pasukan OSCA juara Lelaki Terbuka Karnival Ragbi Labuan 2023

- Diterbit 6 Oktober 2023 7:42 AM MYT

PASUKAN Osca dari Kota Kinabalu, Sabah berjaya merangkul juara ­kategori Cup Lelaki Terbuka 10 ­sebelah Karnival Ragbi Labuan 2023, baru-baru ini.

Pasukan itu menewaskan ­pasukan JLJ dari Negeri Sembilan, setelah kedua-dua pasukan terikat ­mata 12 ­sama namun di masa tambahan Osca berjaya melakukan ‘Try’ dan ­memusnahkan harapan pasukan JLJ untuk menjadi juara.

PASUKAN OSCA dari Sabah merangkul juara bagi kategori Cup Lelaki Terbuka 10 sebelah pada Karnival Ragbi Labuan 2023, baru-baru ini.

Kedua-dua pasukan itu menerima hadiah wang tunai, piala iringan dan juga medal.

Sementara itu, pasukan Titanium RC dari Keningau dan KK Sharks dari Kota Kinabalu, masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat kategori itu.

Bagi kategori Plate pula ­pasukan RMAF Blackhawk berjaya ­menewaskan pasukan Labuan Drillers pada ­perlawanan akhir sekali gus ­menjuarai kategori tersebut.

Manakala, kategori Wanita Terbuka dua pasukan dari Labuan ­berentap ­pada perlawanan akhir di mana ­pasukan WiPers muncul juara ­sementara ­pasukan Labuan muncul naib johan dan tempat ketiga ­dimenangi pasukan PDRM dari Kuala Lumpur.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari disertai hampir 30 pasukan dari dalam dan luar Labuan.

Kejohanan itu dianjurkan oleh Persatuan Ragbi Labuan ­dengan ­kerjasama Perbadanan Labuan yang berlangsung di padang Dataran Labuan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas