Biz

Pandemik COVID-19 bukan halangan memiliki rumah sendiri – Al Ansar

Datuk Seri Muhammad Khanafi ( dua dari kanan) bersama rakan kongsi kontraktor Datuk Sri Mohd Rizal Mohd Yusof (dua dari kiri)
- Diterbit 24 Oktober 2021 3:19 AM MYT

AL ANSAR IBS PLT, syarikat kontraktor perumahan yang menggunakan kaedah Inovasi Sistem Binaan Berindustri (IBS) yakin rakyat di negara ini semakin sedar kepentingan memiliki rumah kediaman sendiri.

Ini berdasarkan kejayaan pihaknya yang mensasarkan jualan RM10 juta dengan pembinaan 70 unit banglo menerusi Kempen Pemilikan Banglo IBS 2021 (BIOC 2021) yang dilancarkan pada awal tahun ini semakin menjadi kenyataan.

Menariknya, sasaran tersebut dibuat ketika negara sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 namun keyakinan orang ramai terhadap integriti Al Ansar IBS PLT terus kukuh.

PENGERUSI Eksekutif Kumpulan Al Ansar, Datuk Seri Muhammad Khanafi ( dua dari kanan) bersama rakan kongsi kontraktor Datuk Sri Mohd Rizal Mohd Yusof (dua dari kiri), Pengurus Besar Al Ansar, Farizal Tumiran dan Pengarah Projek Al Ansar, Izham Wahab pada majlis Pelancaran Akhir Tahun sempena Kempen Pemilikan Banglo IBS 2021 di Cyberjaya baru baru ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, sepanjang kempen berlangsung sehingga bulan ini, pihaknya berjaya mencatat jualan sebanyak RM7.5 juta dengan 37 unit banglo.

“Jumlah sasaran melalui kempen awal tahun dijangka dapat dicapai kerana masih berbaki dua bulan lagi untuk tahun 2021.

“Ini dikukuhkan lagi dengan sokongan dan keyakinan pembeli yang sentiasa mendahulukan kepentingan jangka panjang membina kediaman sendiri meskipun dalam situasi pandemik.

“Buktinya mereka terus berurusan secara terus dengan wakil Al Ansar untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kempen, membayar deposit serta menempah reka bentuk walaupun pihak kerajaan mengarahkan industri pembinaan ditangguhkan sementara akibat pandemik.

“Kepercayaan tersebut tidak kami sia-siakan kerana sebaik sahaja industri pembinaan dibuka, pembinaan terus rancak dilakukan dan kini terdapat 37 unit banglo sedang dibina di seluruh negara secara serentak,” ujarnya.

PENGERUSI Eksekutif Kumpulan Al Ansar, Datuk Seri Muhammad Khanafi Husin sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Pelancaran Akhir Tahun sempena Kempen Pemilikan Banglo IBS 2021 (BIOC 2021) yang bermula bulan ini sehingga 31 Disember hadapan, baru-baru ini.

Sementara itu menurut , Pengurus Besar Al Ansar IBS PLT, Farizal Tumiran selain tertarik dengan kempen, pelanggan yang menyokong juga bijak mengambil kesempatan melalui tawaran harga menarik dan diskaun yang berbaloi untuk direbut.

“Pihak syarikat masih mengekalkan pemasangan lampu dan kipas secara percuma di setiap ruang, table top sepanjang lapan kaki, seunit pemanas air, perjanjian pembelian percuma, perlindungan takaful rumah dan perabot untuk tempoh setahun, juga pemasangan korni syiling di ruang tamu, ruang makan dan ruang keluarga.

“Malah ketika promosi berlangsung di seluruh semenanjung (kecuali Kelantan dan Perlis) turut diadakan happy hour yang menawarkan televisyen Android 40 inci. Lebih menarik pihak syarikat juga memberi pengurangan harga banglo mengikut reka bentuk yang dipilih sehingga 15 peratus.

“Ini bermakna jika digabungkan nilaian barangan dan perkhidmatan yang diberikan dengan pengurangan harga banglo, orang ramai akan menikmati diskaun sehingga RM40,000., “ ujarnya.

“Kempen akhir tahun ini menawarkan lima reka bentuk lama dan baharu yang mempunyai tiga hingga lima bilik tidur. Terdapat rekaan Sumayyah, Cempaka, Tulip, Aleesya dan Mallow dengan tawaran harga serendah RM125,000 hingga RM330,000 setiap unit.

Katanya lagi syarikat turut mempelawa kontraktor baru dan lama untuk menambah kemahiran dalam pembinaan menggunakan kaedah IBS.

Al Ansar IBS PLT akan meneruskan kursus pemasangan bata lego (interlocking bricks) dan pemasangan atap gajah pada bulan November nanti.

Kursus siri pertama dan kedua yang mengenakan bayaran sebanyak RM200 untuk seorang peserta telah dijalankan bulan Julai dan Oktober lepas.

“Selain menambah kemahiran dalam bidang berkaitan IBS, peserta kursus juga berpeluang menjadi sub kontraktor di bawah projek-projek Al Ansar pada masa akan datang mengikut kemahiran masing-masing dan bergantung kepada lokasi pembinaan,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, hubungi talian 011-13107525 / 011-13107086 atau layari laman Youtube : banglo ibs – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas