Berita

Ops Belang : 470 kenderaan diambil tindakan penguakuasaan

ANWAR (kanan) memeriksa sebuah kontena yang di sita dalam Ops Belang hari ini.
- Diterbit 20 Mac 2021 5:19 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan penguatkuasaan kepada kira-kira 470 kenderaan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Belang sejak 16 Mac sehingga 20 Mac.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosio Ekonomi DBKL, Anwar Mohd Zain berkata,
39 buah kenderaan turut disita dalam operasi berkenaan untuk siasatan lanjut atas pelbagai kesalahan.

“Sebanyak 418 notis kompaun dan saman telah dikeluarkan dan 13 notis pemberitahuan dikeluarkan untuk tujuan siasatan.

“Tindakan penguatkuasaan melibatkan enam buah jentera angkat (forlift); 151 motosikal; 146 kereta; 156 buah lori dan 11 buah kontena ,” katanya dalam sidang media di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi bersepadu tersebut melibatkan pasukan Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Ia dijalankan selama lima hari drngan menumpukan di sekitar kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur termasuk di Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur.

“Operasi tersebut dilakukan bagi mengambil tindakan ke atas kenderaan awam dan perdagangan yang menyebabkan halangan lalu lintas, kekotoran, pencemaran dan kerosakan jalan serta melanggar isyarat lalu lintas,” katanya.

Tambah Anwar, sebanyak 155 notis kompaun dikeluarkan mengikut akta 16(1) Kaedah-kaedah Lalu lintas Jalan 1959, kerana kesalahan menghalang lalu lintas manakala 110 buah kenderaan di beri notis mengikut Seksyen 22 Akta Pengangkutan Jalan 1987 Lesen perdagangan kenderaan motor. -AZLAN -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas