Selebriti

Noktahkan Status Ibu Tunggal, DIRA Nikahi Ahli Perniagaan

- Diterbit 21 Jun 2020 7:30 AM MYT

PERNAH dua kali gagal dalam perkahwinan, akhirnya pelakon yang juga ahli politik, Dira Abu Zahar menamatkan zaman solo sebagai ibu tunggal dengan menikahi ahli perniagaan, Syfik Izdzywan Sidek pada hari ini (Ahad).

Pasangan ini disatukan dalam majlis akad nikah di Masjid Al Azim, Melaka sekitar pukul 10.30 pagi tadi. 

Dira atau nama sebenarnya, Khaidhiriah Abu Zahar, 36, menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta tiga dulang hantaran berbalas lima. Manakala Wang hantaran pula dirahsiakan. 

Dira yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengenali suaminya Syfik Izdzywan Sidek,46, itu sejak setahun lalu.

Sebelum ini Dira pernah berkahwin dengan Tengku Shafriz-Rullah Tengku Shahid (2006-2010) dan Helmi Yusof (2011- 2016).

Dira mempunyai dua orang anak iaitu Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah dan Waris Iskandar Andiqa. – WILAYAHKU

Foto: thekami.co

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas