PELAKON Daler Yusuf,27, meluahkan rasa sedih apabila neneknya disahkan positif Covid-19.
Daler yang berasal dari Uzbekistan ini berkongsi rasa di instagramnya memohon agar para pengikutnya di media sosial itu mendoakan agar neneknya kembali sembuh.

“Assalamualaikum semua. Nenek Daler positive Covid-19 dan dia berada dalam keadaan kritikal di Uzbekistan.
“Sekarang dia berada dalam keadaan koma dan doktor cakap paru-paru dia dalam keadaan teruk.
“Daler tak tahu nak buat macam mana. Tolong doakan untuk nenek saya please,” tulisnya.
Rata-rata peminat mendoakan agar nenek kepada pelakon drama bersiri Tuan Anas Mikael ini diberikan kesembuhan daripada wabak bahaya itu.

Rakan-rakan artis turut meninggalkan komen dan doa antaranya Daiyan Trisha, Adam Shahz, Ikmal Amry, Sherry Al-Hadad, Sasqia Dahuri dan ramai lagi.
Sama-sama kita doakan agar nenek Daler dan semua pesakit Covid-19 diberikan kekuatan melawan kesakitan akibat wabak ini. – WILAYAHKU