Artikel

Murid-murid SRA Ibnu Khaldun sertai Kem Jawab Soalan UPKK

SEBAHAGIAN murid-murid Tahun Lima SRA Ibnu Khaldun Masjid Wilayah Persekutuan kelihatan ceria menyertai Kem Teknik Menjawab Soalan UPKK di dewan masjid berkenaan baru-baru ini.
SEBAHAGIAN murid-murid Tahun Lima SRA Ibnu Khaldun Masjid Wilayah Persekutuan kelihatan ceria menyertai Kem Teknik Menjawab Soalan UPKK di dewan masjid berkenaan baru-baru ini.
- Diterbit 2 Ogos 2019 3:11 AM MYT

ILMU. Sekolah Rendah Agama (SRA) Ibnu Khaldun, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini mengadakan Kem Teknik Menjawab Soalan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi murid-murid Tahun Lima yang bakal menduduki peperiksaan UPKK tidak lama lagi.

Kem tersebut berjaya meningkatkan semangat murid-murid tersebut untuk terus berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Ujian bertulis UPKK bakal berlangsung pada 30 September hingga 3 Oktober ini.

Dalam program tersebut, murid-murid berkenaan didedahkan dengan kaedah menjawab soalan de­ngan betul selain diberikan motivasi dan kesedaran kerohanian.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas