Berita

MUHYIDDIN YASSIN, ANWAR IBRAHIM Ziarah Ibu NAJIB Di Hospital

DATUK Seri Anwar Ibrahim dan isteri hadir menziarahi ibu Datuk Seri Najib
- Diterbit 17 Disember 2020 9:52 PM MYT

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa terima kasih dan penghargaan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan President PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana sudi hadir menziarahi ibu Najib di hospital.

TAN Sri Muhyiddin Yassin turut menziarahi ibu Najib

Difahamkan, ibu Najib, Tun Rahah Mohamed Noah kini dirawat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, petang tadi.

“Bonda kurang sihat. Ramai yang datang menziarahi bonda di hospital. 

“Saya minta saudara-saudari tolong doakan agar bonda diberi kekuatan dan sembuh. 

“Ini tempoh yang amat sukar dan merisaukan untuk kami sekeluarga.

“Terima kasih Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta para pemimpin lain atas kesudian menziarahi bonda,” luah Najib menerusi Facebook rasminya.

Rata-rata komen wargamaya mendoakan agar ibu Najib kembali sembuh dan sihat seperti biasa.

Tidak kurang juga yang menyatakan perasaan kagum mereka melihat para pemimpin saling mengambil berat walaupun berbeza fahaman politik- WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas