
“Kedai Kami Dirompak” – LAN SOLO Minta Bantuan Warga Puchong
PENYANYI Lan Solo memohon bantuan orang ramai yang tahu identiti seorang lelaki India yang dipercayai merompak kedainya semalam, tampil memberikan maklumat.
Kedai runcitnya, Solo Borneo Mart yang membekalkan produk makanan dari Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei ini terletak di Puchong, Selangor.
“Minta bantuan warga Puchong. Kedai kami dirompak.
“Lelaki India ini telah memaksa staf saya serahkan duit sales.
“Jika terjumpa lelaki India ini, tolong dapatkan maklumat diri dan kenderaan yang digunakan. Terima Kasih,” tulisnya di instagram miliknya.
Manakala isteri Lan, Sheila menerusi instagram story, juga berharap orang ramai berhati-hati terutamanya penduduk Puchong.
“Allahuakbar. Kedai kami di Puchong yelah dirompak. Habis semua duit sales hari ini.
“Seorang lelaki India telah menggunakan kekerasan kepada staf supaya menyerahkan duit kepada beliau.
“Warga Puchong dan sekitarnya, sila berhati-hati ya,” jelasnya.
Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah tampil memberikan bantuan.
Semoga segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU