Berita

Muafakat Nasional terima penyertaan PPBM

- Diterbit 26 Ogos 2020 9:25 AM MYT

1. UMNO dan Pas secara komited telah membentuk gagasan Muafakat Nasional kerana menginsafi bahawa kuasa politik orang Melayu dan umat Islam semakin lemah lantaran perpecahan yang semakin parah.

2. Sejak tertubuh,kita bersyukur kerana MN semakin diterima rakyat pelbagai kaum dan diperlihatkan dengan kemenangan demi kemenangan dalam siri-siri PRK yang diadakan.

3. Alhamdulillah, terbaharu, usaha memantapkan MN terus mendapat suntikan tambahan apabila kita dimaklumkan oleh YAB PRESIDEN PPBM, kesediaan PPBM untuk turut menyertai MN.

4. Perkara ini telah dibincang dengan teliti dan mendalam oleh JK Pemandu MN, yang dipengerusikan bersama oleh Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Presiden Pas pada 6 Ogos 2020. Susulan dari itu surat rasmi telah diutus pada 13 Ogos 2020. Jawapan rasmi kesediaan PPBM menyertai MN telah diterima pada 18 Ogos 2020 di tandatangani oleh YAB TAN SRI MUHYIDIN MOHD YASIN sendiri.

5. Biro Politik UMNO telah membincangkan perkembangan terbaharu ini pada 23 Ogos 2020, dan turut melibatkan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri/Pengerusi BN Negeri.

6. UMNO amat Prihatin dan mengambil berat akan USAHA MENYATUPADUKAN ORANG MELAYU DAN MEMBINA KEKUATAN KELOMPOK TERAS MELAYU ISLAM.IA ADALAH SATU KEWAJIPAN DAN KEUTAMAAN yang menjadi asas kepada perjuangan UMNO itu sendiri.

7. ATAS DASAR ITU UMNO TELAH BERSETUJU SUPAYA MN MENERIMA PENYERTAAN PPBM DAN INGIN MELIHAT DENGAN PENYERTAAN TERSEBUT, PENYATUAN DAN PERPADUAN ORANG MELAYU BERTAMBAH MANTAP LAGI SELARAS DENGAN PIAGAM MN YANG TERMAKTUB SEBELUM INI.

TERIMA KASIH

Tan Sri Annuar Musa
Setiausaha Agung Bersama,MN..
Merangkap,
Setiausaha Agung BN
Kuala Lumpur
26 Ogos 2020

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas