Berita

MPS beroperasi waktu baharu sepanjang PKPB

- Diterbit 22 Oktober 2020 9:37 AM MYT

IBU pejabat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan semua pejabat cawangannya akan beroperasi waktu baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa di Selangor bermula hari ini sehingga tarikh yang akan diumumkan kelak.

MPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan waktu bagi sebarang urusan di ibu pejabat MPS dan operasi kaunter pandu lalu ialah dari 8 pagi hingga 3.30 petang manakala pejabat cawangannya di Sri Gombak, Rawang dan Wangsa Permai bermula dari 8.30 pagi hingga 1 tengah hari.

“Untuk urusan melibatkan kaunter perkhidmatan lesen, hanya 100 orang sahaja dihadkan pada setiap hari manakala bagi urusan kaunter perkhidmatan jabatan lain, pelanggan diminta untuk membuat temu janji terlebih dahulu dengan menghubungi jabatan yang terlibat.

“MPS juga amat menggalakkan pelanggan untuk melakukan transaksi yang ditawarkan secara dalam talian dan senarai penuh perkhidmatan kaunter jabatan boleh didapati dengan melayari www.mps.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Menurut MPS, orang ramai boleh menghubungi talian 03-6138 9898 / 03-6126 5824 atau layari www.mps.gov.my untuk pertanyaan lanjut. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas