MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof disahkan negatif COVID-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan semalam.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) hari ini, beliau menjalani ujian saringan COVID-19 selepas menjadi kontak rapat dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Kontak rapat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dinasihatkan untuk tidak panik dan kekal tenang.
“Beliau turut menasihati agar semua kontak rapat kepada individu yang disahkan positif untuk membuat ujian saringan COVID-19,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA