Berita

Modul PdP interaktif jadi fokus Tadika Terang Hati

MAZNI menunjukkan anugerah yang diterima dari JAWI pada 2021 lalu.
- Diterbit 20 September 2022 11:38 AM MYT

MODUL Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) secara interaktif merupakan antara kelainan serta kelebihan disedia oleh sekolah Tadika Terang Hati (THS) yang telah terbukti dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar berusia 6 sehingga 12 tahun.

Menurut Pengasas THS, Mazni Sahabudin, sebagai salah satu penyedia perkhidmatan serta rangkaian pusat asuhan, pra sekolah hingga Sekolah Rendah Islam (KAFA) yang makin berkembang, aspek pencapaian dan kualiti pelajar menjadi penanda aras penting bagi pihak pengurusan untuk bersaing selari keperluan semasa.

Katanya, faktor tersebut diyakini mempunyai kekuatan tersendiri terutama sekali bilangan pelajar mahupun kanak-kanak kini berdaftar di STH semakin bertambah dari setahun ke setahun sejak penubuhannya tahun 2017.

“Jenama Terang Hati ini diasaskan bersama suami, bermula dengan perkhidmatan home tuition di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Selatan sekitar tahun 2012.

“Perkhidmatan ini kemudiannya berkembang kepada pusat tadika dan penjagaan asuhan kanak-kanak pada 2016, kemudian wujudnya Terang Hati setelah mendapat permintaan positif ibu bapa kawasan setempat,” katanya dalam temubual media, baru-baru ini.

Pada tahun 2017, institusi pendidikan awal kanak-kanak ini memulakan perkhidmatan transit Al Quran sebelum mendaftar sebagai Sekolah Rendah Islam (SRI) dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Proses pengembangan STH seiring dengan permintaan semasa dengan melebarkan lagi cawangannya di beberapa lokasi strategik, seperti Taman Saujana KLIA, Taman LTAT di Bukit Jalil selain Taman Equine serta Presint 8, Putrajaya bakal dibuka tidak lama lagi.

Mazni berkata antara kelainan dan kekuatan STH berbanding dengan pesaingnya adalah modul Kurikulum Tadika Terang Hati dibina sendiri berpandukan kaedah kepelbagaian kecerdasan (Multiple Intelligences) di mana konsep Pembelajaran interaktif ditumpukan.

Jelasnya, pendekatan PdP berpandu kepada konsep bertema, berasaskan projek selain menerapkan kaedah pembelajaran di dalam keadaan bermain yang dilihat lebih sesuai untuk semua spektrum kanak-kanak.

“Lebih menarik dan penting, keberkesananya terbukti apabila pelajar kami yang memiliki masalah pembelajaran, pertuturan termasuk austima terkawal berjaya pulih namun, turut bergantung kepada faktor masa dan situasi pelajar selain inisiatif ibu bapa.

“Secara keseluruhan bagi kohort 2022, STH mempunyai 470 pelajar lebih 30 tenaga guru berkelayakan dan didokong kakitangan di 3 kampus iaitu Bandar Tasik Selatan, Taman Saujana KLIA (Sepang) selain Taman LTAT Bukit Jalil,” ujarnya.

Antara pencapaian signifikan bagi STH ialah Sekolah Rendah Islam (SRI) Terang Hati ini juga pernah dianugerahkan sebagai Sekolah Swasta Terbaik Wilayah Persekutuan 2021 oleh JAWI hasil pencapaian cemerlang bagi keputusan peperiksaan UPSRA.

Selain kampus induk serta cawangan, STH kini turut mempunyai kampus diperlesenkan terletak di Seksyen 1, Wangsa Maju selain Tadika serta Sekolah Rendah Islam Terang Hati turut berdaftar dengan JAWI.

Kata Mazni, bagi perancangan tahun 2023, pengurusan telah bersetuju untuk membuka kampus
baru antaranya di Putrajaya, Seri Kembangan, Bandar Sri Permaisuri selain di Desa Pandan dengan sasaran keseluruhan pelajar seramai 1,000 orang.

Untuk maklumat lanjut berkaitan STH, sila hubungi talian 019-2284282 bagi sebarang pertanyaan berkaitan. – WILAYAHKU

SEBAHAGIAN daripada 100 pelajar STH yang menerima sumbangan kasut Nike di Kampus Utama STH di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas