Berita

Meta berhentikan 500 pekerja di Ireland

- Diterbit 25 Mei 2023 8:00 AM MYT

SYARIKAT induk Facebook Meta memberhentikan hampir 500 pekerja di pejabatnya di Dublin, agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan RTE penyiar awam Ireland pada Khamis.

Gergasi teknologi AS telah memaklumkan kerajaan di Dublin tentang pemberhentian itu.

Kira-kira 2,500 orang berkhidmat untuk Meta di Dublin, di mana syarikat itu mempunyai pangkalan perniagaan di luar Amerika Syarikat dan Kanada.

Pemberhentian itu adalah sebahagian daripada “downsizing” yang diarahkan ketua pegawai eksekutif Meta Mark Zuckerberg pada Mac. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas