Berita

Mesin penapis air bukan punca bil elektrik tinggi – Netizen

- Diterbit 3 Mac 2021 8:18 AM MYT

KECOH dalam media sosial apabila mesin penapis air dikatakan sebagai antara punca peningkatan bil elektrik.

Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh yang menyatakan peralatan elektrik yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk termasuklah penapis air menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.

Kenyataan ini mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa tidak berpuas hati kerana kebanyakan mereka sudah bertahun-tahun menggunakan mesin penapis air, tetapi bil elektrik tetap pada kadar yang sama.

Ini antara reaksi netizen:

“Kami kebanyakan pakai penapis air bukan baru bulan lepas. Dah bertahun dah. Kenapa baru sekarang tetibe je bil naik lepas tukar meter…beza banyak pulak tu… Aku harap syarikat penapis air counter back balik statement ni.”

“Tahun ni disalahkan pula penapis air tahun depan modal apa pula nak pusing? Tiap-tiap tahun ada aja alasan hampa … kita dok cam taruh ja.”

“Nonsense…. Dah pakai mesin penapis air tu bertahun-tahun, kenapa beberapa bulan ni naik 2-3 kali ganda.. Padahal anak-anak di taska dan tadika, suami isteri bekerja.”

“Sebelum ini pasang penapis air okay je bil letrik dalam 60 hengget jer.tp terkejut gak sampai bil 100 lebih.kami bukan ramai pun tinggal dalam rumah ni.”

“TNB pun pandai wayang. Bil pun tak konsisten. Alat elektrik sama je penggunaan setiap hari di rumah tapi bil boleh berbeza sampai ratus bezanya.

“Nanti musim hujan… bagi alasan lain pulak… sedap la TNB untung2 bilion2… rakyat gak yg tersepit.”

Bukan itu sahaja, sesetengah netizen mengaku tidak menggunakan mesin penapis air, namun bil elektrik tetap naik tinggi.

“Saya tak guna pun penapis air, aircond bagai,cuma peti ais yang sama dari dulu tu pun bil melambung giler padahal malam je ada rumah, siang kerja tak ada orang kat rumah, nak salahkan apa pulak tu.”

“Rumah tak ada penapis ayaq (air) apa pon aih.. pakai 1 aircond bertaun dah. jarang dduk umah.. yang tak tutup peti ais jaa.. selalu paling mahal pun RM40++.. tiba-tiba mai RM 110.. Tak ada tertunggak apa pon.. banyak noh naik.”

“Rumah aku aircond tak ada, penapis air pun tak ada. Bil api naik 1x ganda. Mana engineer elektric TNB jumpa explain kat aku tunjuk calculation kenapa naik berganda kalau tak ada dua bende dua.”

Semoga luahan rakyat ini diberi perhatian dan mereka berhak mendapat penjelasan yang sewajarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas